
Online & Offline Personal Branding : Memaksimakan penggunaan akaun Media Sosial dan Potensi Diri. Dapat mengubah Media Sosial anda daripada tiada identiti kepada mempunyai identiti sendiri dan dapat meningkatkan engangement bersama followers anda.
Pendedahan tentang etiket-etiket sosial dan perniagaan
Dapat praktik cara komunikasi yang berkualiti dan berpengaruh.

3 Modul
2 Jam setiap Modul
Program secara fizikal & praktikal
26 OGOS 2023
IDEAS HOTEL KUALA LUMPUR
8.00 PAGI-5.00 PETANG





Syasyeril Al Habshee, lebih dikenali Puan She ialah Perunding Imej, Warna & Etiket Profesional diiktiraf antarabangsa oleh ByFerial Image & Consulting, Australia dan Akademi Perunding Imej Profesional, Malaysia. Beliau juga pemegang Diploma Perundingan Imej di bawah Kerajaan Malaysia. Beliau juga merupakan ahli profesional AICI Malaysia (Association of Image Consultants International) dan Empower Network ByFerial, Australia.Syasyeril Al Habshee juga adalah graduan sarjana dalam bidang Psikologi Kaunseling daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan juga graduan sarjana muda dalam bidang sama daripada Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).
Beliau juga seorang kaunselor berdaftar yang pernah berkhidmat di salah sebuah insitut pengajian tinggi awam serta beberapa agensi kerajaan Malaysia dan berdaftar dengan Lembaga Kaunselor Malaysia. No pendaftaran beliau adalah KB 01342 dan PA 01139. Beliau juga seorang pengamal hipnosis yang bertauliah dari Akademi Hipnosis Malaysia. Beliau juga adalah pemilik sebuah pusat kaunseling komersial No.1 di Malaysia iaitu Global Counseling Centre, Malaysia. Kini, beliau sedang bergiat dalam penyelidikan PhD beliau iaitu pembinaan model pembinaan kerjaya pelajar bagi pembelajaran Phd beliau.
Kepakaran beliau dalam dunia imej adalah Fesyen dan Stail, Analisa Warna, Analisa Bentuk Muka dan Muka, Imej Profesional, Make up Advice, Shopping Advice, Interview Suit & Etiquette, Professional Etiquette & Protocol dan Wardrobe Management. .Beliau juga adalah perunding imej bertauliah yang pertama di Institusi Pengajian Tinggi Malaysia dan merupakan pegawai rujukan berkaitan kerjaya oleh pelajar universiti dan graduan. Beliau sangat aktif dalam bidang perundingan dan latihan kepada agensi kerajaan, korporat dan swasta di seluruh Malaysia dan Brunei dalam bidang imej, pembangunan kendiri dan sosial, pengurusan stress, pengurusan konflik, akademik, kerjaya dan perkahwinan.
Beliau juga sering mengendalikan seminar, bengkel, karnival dan konvensyen di dalam negara malah juga di luar negara seperti Filipina. Beliau telah mengendalikan lebih 50 agensi kerajaan, korporat dan swasta dalam negara seperti Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Pengangkutan, Kementerian Sumber Manusia, SME Bank, MIROS, HICOM, ADABI, Talent Corp, Universiti Perdana dan banyak lagi. Beliau juga aktif dalam khidmat komuniti yang melibatkan individu kurang upaya, warga emas, masyarakat berpendapatan rendah dan remaja bermasalah. Beliau juga merupakan pengamal Neuro Linguistic Program serta arif dan mempunyai kemahiran dalam teknik penomboran, grafologi, Oh Cards, Play Theraphy dan Hipnosis.
Beliau juga seorang penulis buku yang bertajuk Survival Kit Pelajar IPT , Ebook berkaitan Imej Pikat Bakal Suami, dan 170 Kata-Kata Mendorong Menjadi Pelajar Hebat. Buku terkini beliau adalah Hala Tuju Kerjaya yang diterbit pada Oktober 2022. Sering menulis artikel di media cetak seperti di New Straits Times, The STAR, Berita Harian, Metro berkaitan pembangunan diri seperti penampilan diri, pengurusan kewangan sejak tahun 2011 hingga kini. Beliau juga sering mendapat jemputan bersama media elektronik antaranya adalah Astro Awani, TV Al- Hijrah, Putra FM, dan Selangor FM dalam pelbagai topik.










