Modul ini akan membawa anda menerokai agenda, visi dan misi syarikat. Dengan memahami sepenuhnya matlamat Aafiyat, anda akan bergerak seiring dengan visi dan misi, membawa impak positif kepada organisasi dan masyarakat. Ayuh sama-sama kita mencapai kejayaan bersama melalui Agenda Aafiyat!
Dalam modul ini, anda akan merungkai rahsia produk-produk organik, tulen, dan berkualiti Olive House, termasuk Olivie Power Up, Olivie Plus 3x, Minyak Habbatus Sauda, dan banyak lagi. Ayuh pelajari kehebatan setiap produk dan temui manfaatnya untuk kesihatan dan kesejahteraan diri.
Adakah anda ingin meningkatkan kemahiran anda dalam berinteraksi dengan pelanggan, dan pada masa yang sama, meningkatkan prestasi jualan anda? Modul ini dirangka khas meliputi bahagian tengah coring jualan (MOFU) untuk membantu anda mencapai matlamat ini dengan berkesan. Dalam modul ini, anda akan mendalami teknik-teknik berharga yang merangkumi pelbagai aspek interaksi dengan pelanggan.
Modul 5: Strategi Penjualan dan Pengurusan Pelanggan
Anda ingin memahami cara terbaik untuk mambuat strategi penjualan dan menguruskan pelanggan dengan cekap? Modul e-pembelajaran yang merupakan bahagian bawah corong jualan ini adalah penyelesaian anda! Ia telah dirangka khas untuk membantu anda menguasai seni pengurusan pelanggan, menjadikan perniagaan anda lebih berjaya, dan memastikan pelanggan anda sentiasa kembali. Ayuh sama-sama terokai modul ini untuk melangkah ke hadapan dalam pengurusan dan penyelenggaraan pelanggan.
Ingin meningkatkan kemahiran dalam menjual dan meyakinkan pelanggan? Ikuti Modul Langkah Membina Skrip Jualan ini untuk mendalami ilmu interaksi dengan pelanggan untuk membuat jualan!
Modul 7: Cara Menangani Bantahan (Elemen 7 dalam Corong Jualan)
Menangani bantahan adalah suatu proses yang sangat penting. Kemahiran menangani bantahan pelanggan dengan efektif dapat meningkatkan kredibiliti dan kepuasan pelanggan sekaligus memperbaiki prestasi jualan. Adakah anda ingin meningkatkan kemahiran dalam menangani bantahan daripada pelanggan? Jom terokai modul ini untuk mendalami ilmu menangani bantahan.
ACORE adalah satu sistem berpusat yang telah dibina untuk memudahkan dan mengoptimumkan aktiviti yang dilakukan oleh usahawan Aafiyat. Sebagai usahawan Aafiyat, penggunaan sistem ACORE amatlah penting untuk meningkatkan kecekapan perniagaan. Jom sertai modul pembelajaran ini dan ketahui dengan lebih jelas tentang cara penggunaan ACORE.