Boom The Market

Categories: Academy
Wishlist Share
Share Course
Page Link
Share On Social Media

About Course

Ingin menjana pendapatan melalui Program Boom The Market?

Program ini membolehkan individu terpilih untuk memegang stok Olive House untuk dipasarkan dalam tempoh masa yang ditetapkan. Melalui program ini, anda akan menggunakan kaedah pemasaran yang inovatif serta pendekatan yang berkesan menggunakan pemasaran digital. Segala yang anda perlukan untuk menjana pendapatan dengan memasarkan produk minyak zaitun Olive House boleh dipelajari melalui kursus ini.

Ayuh bersama-sama kita terokai peluang menjana pendapatan melalui modul-modul hebat yang dirangka khas untuk anda dan mulakan perjalanan mencapai kejayaan dalam dunia pemasaran!

 

 

What Will You Learn?

  • Aafiyat Agenda
  • Pengetahuan Produk Olive House
  • Perancangan Awal Penjualan
  • Cara Berinteraksi dengan Pelanggan
  • Strategi Penjualan & Pengurusan Pelanggan
  • 7 Langkah Membina Skrip Jualan
  • Cara Menangani Bantahan

Course Content

Modul 1: Aafiyat Agenda
Modul ini akan membawa anda menerokai agenda, visi dan misi syarikat. Dengan memahami sepenuhnya matlamat Aafiyat, anda akan bergerak seiring dengan visi dan misi, membawa impak positif kepada organisasi dan masyarakat. Ayuh sama-sama kita mencapai kejayaan bersama melalui Agenda Aafiyat!

  • Aafiyat Group Statement of Purpose
    02:01
  • Visi Olive House
    02:02
  • Misi Olive House
    08:44
  • Kuiz Aafiyat Agenda

Modul 2: Pengetahuan Produk
Dalam modul ini, anda akan merungkai rahsia produk-produk organik, tulen, dan berkualiti Olive House, termasuk Olivie Power Up, Olivie Plus 3x, Minyak Habbatus Sauda, dan banyak lagi. Ayuh pelajari kehebatan setiap produk dan temui manfaatnya untuk kesihatan dan kesejahteraan diri.

Modul 3: Perancangan Awal Penjualan
Bahagian Atas Corong: Perancangan awal sebelum melakukan jualan​ Permulaan kepada perhubungan dengan prospek

Modul 4: Cara Berinteraksi dengan Pelanggan
Adakah anda ingin meningkatkan kemahiran anda dalam berinteraksi dengan pelanggan, dan pada masa yang sama, meningkatkan prestasi jualan anda? Modul ini dirangka khas meliputi bahagian tengah coring jualan (MOFU) untuk membantu anda mencapai matlamat ini dengan berkesan. Dalam modul ini, anda akan mendalami teknik-teknik berharga yang merangkumi pelbagai aspek interaksi dengan pelanggan.

Modul 5: Strategi Penjualan dan Pengurusan Pelanggan
Anda ingin memahami cara terbaik untuk mambuat strategi penjualan dan menguruskan pelanggan dengan cekap? Modul e-pembelajaran yang merupakan bahagian bawah corong jualan ini adalah penyelesaian anda! Ia telah dirangka khas untuk membantu anda menguasai seni pengurusan pelanggan, menjadikan perniagaan anda lebih berjaya, dan memastikan pelanggan anda sentiasa kembali. Ayuh sama-sama terokai modul ini untuk melangkah ke hadapan dalam pengurusan dan penyelenggaraan pelanggan.

Modul 6: 7 Langkah Membina Skrip Jualan
Ingin meningkatkan kemahiran dalam menjual dan meyakinkan pelanggan? Ikuti Modul Langkah Membina Skrip Jualan ini untuk mendalami ilmu interaksi dengan pelanggan untuk membuat jualan!

Modul 7: Cara Menangani Bantahan (Elemen 7 dalam Corong Jualan)
Menangani bantahan adalah suatu proses yang sangat penting. Kemahiran menangani bantahan pelanggan dengan efektif dapat meningkatkan kredibiliti dan kepuasan pelanggan sekaligus memperbaiki prestasi jualan. Adakah anda ingin meningkatkan kemahiran dalam menangani bantahan daripada pelanggan? Jom terokai modul ini untuk mendalami ilmu menangani bantahan.

Modul 8 : Pemasaran Digital
Dunia perniagaan kini berubah dengan pantas dan pemasaran digital merupakan pemacu utama kepada kejayaan perniagaan dalam era moden. Ingin menjangkau sasaran pelanggan yang meluas dan meningkatkan jualan anda secara berkesan? Melalui modul ini, anda akan dapat mendalami cara untuk mencapai hasil yang hebat dalam dunia digital yang sentiasa berubah.Jom terokai modul ini dan tingkatkan lagi potensi perniagaan anda!

Student Ratings & Reviews

No Review Yet
No Review Yet

Want to receive push notifications for all major on-site activities?