Aafiyat Agent Certification (AAC)

Categories: Academy
Wishlist Share
Share Course
Page Link
Share On Social Media

About Course

Program Aafiyat Agent Certification (AAC) adalah Program Orientasi kepada para usahawan Aafiyat, terutamanya yang baru menyertai keluarga Aafiyat. Selain itu, ia memberi pendedahan mengenai agenda Aafiyat dan seterusnya memberi motivasi kepada para usahawan Aafiyat.

Kepentingan Program:

  1. Melayakkan Usahawan Aafiyat diaktifkan sebagai Peranan 1 dan Peranan 2 dalam Aafiyat World.
  2. Persediaan Usahawan Aafiyat untuk bersama agenda Aafiyat.

 

What Will You Learn?

  • Modul 1: Misi dan Visi Olive House & Statement of Purpose Aafiyat Group
  • Modul 2: Perancangan Perniagaan
  • Modul 3: Pengurusan Perniagaan dan Kewangan
  • Modul 4: Aafiyat Solusi 5+1 Elemen, 12 Produk Kombo & Buku Panduan Aafiyat
  • Modul 5: 11 Elemen Corong Jualan
  • Modul 6: Psikologi Keusahawanan
  • Modul 7: Penghayatan dan Penjiwaan Bisnes
  • Modul 8: Aafiyat World

Course Content

Modul 1: Visi dan Misi Olive House & ‘Statement of Purpose’ Aafiyat Group
Modul ini akan membawa anda menerokai agenda, visi dan misi syarikat. Dengan memahami sepenuhnya matlamat Aafiyat, anda akan bergerak seiring dengan visi dan misi, membawa impak positif kepada organisasi dan masyarakat. Ayuh sama-sama kita mencapai kejayaan bersama melalui Agenda Aafiyat!

  • Aafiyat Group Statement of Purpose
    02:01
  • Olive House Vision
    02:03
  • Olive House Mission
    08:44
  • Corporate Values
    05:53
  • Kuiz Visi dan Misi Olive House & ‘Statement of Purpose’ Aafiyat Group

Modul 2: Perancangan Perniagaan
Perancangan perniagaan merupakan langkah penting dalam membentuk dan menjalankan perniagaan dengan jayanya. Perancangan jualan merupakan satu proses untuk mendapatkan jualan, mengekalkan konsisten dan meningkatkan jualan. Sebagai orang yang mempunyai perniagaan, ini adalah ilmu penting untuk dikuasai. Jom bersama-sama kita dalam topik ini untuk menjadi ahli perniagaan yang berjaya.

Modul 3: Pengurusan Perniagaan & Kewangan
Dah buat jualan banyak, tapi duit masih tak nampak? Menguruskan Perniagaan dan Kewangan adalah penting untuk memastikan perniagaan dapat kekal dalam jangka masa yang panjang.Anda ingin mengetahui cara untuk menguruskan perniagaan dan menguruskan kewangan perniagaan anda dengan baik? Modul ini ada jawapan untuk setiap soalan dan kekeliruan anda.

Modul 4: Aafiyat Solusi 5+1 Elemen, 12 Produk Kombo & Buku Panduan Aafiyat
Adakah pengambilan produk secara combo memberikan impak kepada pelanggan? Melalui video ini, anda akan diperkenalkan dengan Aafiyat Solusi 5+1, Produk Combo dan Buku Panduan Aafiyat. Semuanya akan dikupas melalui modul ini.  Jom sama-sama ikuti modul ini untuk mendapatkan lebih banyak lagi potensi-potensi kombo jualan kepada pelanggan anda.

Modul 5: 11 Elemen Corong Jualan
11 Elemen Corong Jualan adalah modul yang sangat penting bagi individu yang ingin mahir dalam membuat jualan. Modul ini dirangka khas bagi menyediakan proses membuat jualan yang sistematik untuk menghasilkan jualan yang berkualiti. Ikuti pembelajaran melalui video ini untuk memboleh anda menguasai kaedah-kaedah dan strategi dalam proses membuat jualan.

Modul 6: Psikologi Keusahawanan
Sambut cabaran keusahawanan dengan pemahaman mendalam tentang psikologi di sebalik setiap keputusan yang membentuk destinasi kejayaan! Dalam video penuh inspirasi ini, kita akan menjelajahi gelombang keusahawanan melalui lensa psikologi, membuka pintu rahsia minda keusahawanan yang berjaya. Jangan lepaskan peluang untuk memahami bagaimana emosi, ketekunan, dan kebijaksanaan psikologi dapat mengukuhkan kesinambungan dan kejayaan perniagaan anda. Jom tonton video ini sekarang dan temui kekuatan di balik psikologi keusahawanan yang bakal mengubah cara anda melihat dan mencapai kejayaan.

Modul 7: Penghayatan dan Penjiwaan Bisnes
Perniagaan tidak hanya melibatkan angka dan graf. Dalam modul ini, kita akan mengeksplorasi sisi perniagaan yang jarang diterokai - penghayatan dan penjiwaan dalam setiap langkah perniagaan. Jangan lepaskan peluang untuk merasai bisnes dengan cara yang baru dan memberi hidup kepada setiap perjalanan perniagaan anda.

Modul 8: Aafiyat World

Student Ratings & Reviews

No Review Yet
No Review Yet

Want to receive push notifications for all major on-site activities?